_bonus_

Tuesday, 8 November 2011

Hati dia..

Dduk dia dikerusi itu
Merenung ke depan
Fikiran terlepas ke belakang
Diam…

Bingkas dia bangun
Melangkah ke almari tua
Longlai langkahnya
Diam lagi..

Dicapai naskah tafsir Al-Quran lama
Diselak-selak penuh perhatian
Lantas ditutup
Dicium terus
Lama…


Perasaannya tak keruan
Suara sebak terlepas keluar
Hiba hatinya
Terus diam..
Terus cium..
Naskah itu dipeluknya kuat..




Merentasi lautan perasaan dan fikirannya
Terjawab persoalan di benak fikiran
Naskah itu pemberian  ‘si dia’
Yang lama jauh pergi
Tak mungkin kunjung bertemu lagi..

Rindu itu membuat dia kaku
Sebentar melepaskan rasa
Tertahan-tahan sebelumnya
Diluahkan segala…

Kasihnya dia pada ‘si dia’
Dilindung dari ibunya
Tak mahu si ibu turut berduka
Mengingati ‘si dia’ yang tiada
Mengingati ‘si dia’ yang telah bertemu Penciptanya
Lama dulu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...