_bonus_

Friday 29 June 2012

Please Forgive Me

Tak pernah terbayang sebelumnya
Denganmu telah berakhir di sini
Semoga kau dapat merelakan
dan melupakan semua tentangku..

Korus
Selamat tinggal kekasih 
kau kan selalu ada
di atas hatiku

Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You`re always in my heart

Ternyata ku harus meninggalkan 
Semua kenangan bersamamu
Maafkan ku memilih dirinya
Kerna ku tak mampu menolaknya 

Korus
Selamat tinggal kekasih
Kau kan selalu ada
Di atas hatiku

Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You`re always in my heart

Tak pernah terbayang sebelumnya
Denganmu telah berakhir di sini
semoga kau dapat merelakan
dan melupakan semua tentangku 

*Selamat tinggal kekasih 
kau kan selalu ada
di atas hatiku

Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You`re always in my heart



 

Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2011/08/elly-mazlein-please-forgive-me-lirik.html#ixzz1z75vc74R 
Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com

Andai Ku Bercinta Lagi -Aweera-


Kini kau tiada

Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh


Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati..





Thursday 28 June 2012

Chuweett Guppy-Guppy ku.. (n_^)

Hah!..Ok, sedar sudah yang title entry kali ni memang gedik, (muka tak bersalah.. ;p).. Just nak share, tengah hari tadi right after keluar je dari dewan exam, aku, and member-member rumah sebelah (ina, wa and faie) terus serbu dewan makan kat Indera Mulia, kesnya sebab nak jimat, kat DM boleh beli nasik bajet, 
nasi + ayam/daging + sayur = RM3 je, kat luar mana nak dapat, huhu.. (n_^)

Ok, tu bukan benda yang aku nak focuskan sekarang ni, coz ada benda yang lebih SUPERB EXCITING to me..huhu...(sangat excited bagi aku, maybe bukan bagi korang..).. 

My SWEET LITTLE GUPPY!..

Yang ekor oren tu jantan tau, ada dua ekor, and yang ekor kuning tu betina.. :)

Mereka sangat tecik.. tecik-tecik nya.. (n_^)

Dimanakah... ;p

Saya dah jatuh cinta dengan mereka-mereka.. (n_n)

Lepas je keluar dari pagar belakang Uitm, kitorang singgah kedai aquarium dekat dengan area rumah, Ina nak beli tali leher kucing yang untuk buang kutu tu (baru tau function sebenar tali tu, ingatkan orang saje suka-suka letak, huhu).. 

Usyar-usyar, then jatuh hati kat depa-depa ni, cute sangat, lagipun memang dah lama simpan angan-angan nak bela ikan, tapi asyik tertangguh je.. So, sekarang diorang dah selamat ditangan aku untuk menjaga mereka-mereka berempat, haha..  Ada empat (4) ekor semuanya, kiranya ada dua (2) pasang la.. Sukanya tengok, tapi cam kesian je kat diorang sebab bekas tu cam tak cukup besar je.. Nanti nak beli lagi satu bekas yang sama, then boleh la letak sepasang dalam setiap bekas tu..

Hmm, mereka-mereka takde nama, panggil guppy-guppy dengan nada yang comel je, haha (sudah, aku melalut lagi).. (n_^)

K la, nak sambung study, next paper is on next Monday, so doakan saya ye..
 (n_n)

Tuesday 26 June 2012

I've Never Regret.. (n_n)


Ya, I've never regret..  Everything happens ada reason and hikmah yang kita tak tahu..
Sakit hari ini, mungkin dugaan untuk Allah beri kita bahagia hari esok..
Pengalaman mematangkan fikiran..

(n_^)


Aku belajar dari masa lalu.. Supaya tak berulang lagi..



(n_^)

Monday 25 June 2012

Wordless Monday #1

Ha, orang lain dengan wordless wednesday, but me, dengan wordless monday nya, huhu..
Nothing much to say, cuma kadang-kadang, ada benda yang kita tak mampu nak sampaikan dengan kata-kata.. 

Saje nak share picture kat bawah ni..






*Aiiyakk!.. Bila la saya mau study nih, adoi.. (n_^)

Sunday 24 June 2012

Dia tanya.. Saya jawab.. (n_^)

Somebody ask me, why do you need to continue your study?...
Hmm.. someone came, someone left, and someone came, and left again..they keep asking..
Haiiyakk.. can I just taekwondo them ha?.. (Coz silat lambat la..very slow motion.. ;p)

Haiiyakkkk!.. (eksyen lebih.. ;p)

Do I need to answer those question?..
Why la all those people suka sebok-sebok.. I kacau diorang ke?.. (hmm..pkir jap..)

Very serious thinking u know..

Ok, ok.. I'll answer la k..
.
.
.
.
Firstly, it's all because of my family.. Not because diorang paksa, suruh or what so ever, but it is my willingness to continue my study, walaupun sedar diri ni dah tua.. I'm only 24 and taking degree, suppose at my age, orang dah sambung master pun kan.. Ok, tak kisah, rezeki masing-masing..

Kenapa nak sambung belajar sebab family?.. Hmm, dengan status anak yatim, since my late father past away 8 tahun lepas, I think that I need to have a good job untuk take care of my family, especially my mom.. In order to get a good job, with a good salary, one (1) way to achieve it, is dengan adanya higher education..

Secondly, it is because I think that I can do it, I can do the best for my study (even kadang-kadang nangis-nangis time study sebab stress, haha).. Actually, dulu ingat nak sambung sampai diploma je, (before diploma Uitm, saya ni cuma budak sijil from Politeknik je..but saya bangga tau.. ).. And since JPA dah tawarkan biasiswa, kenapa tak nak cuba kan.. Huhu.. 

Also, I'm continue my studies because of Allah, rezeki, peluang, semua dah diberi, kenapa nak sia-siakan.. Yang penting, Usaha + Tawakal..

Hmm, ada sebab-sebab lain ke?..
Ada!!

Hmm.. Sebab I want to make my family proud of me.. I'm the eldest of 3 siblings, and the eldest cucu for both nenek and atuk sebelah my mom and abah (atuk and opah sebelah abah pun dah tak de..), so saya ada kesedaran diri untuk balas jasa-jasa mereka yang dah bagi cukup makan, minum, perlindungan and kasih sayang for my family since my abah dah tak de.. 

And sekarang ni atuk sakit.. Exam dah nak dekat, Rabu ni will be my first paper, so hope, and InsyaAllah, memohon redha Allah and my family, I'll try my best to get a good result.. 

Huhu..banyaknya membebel, ni nak jawab soalan ke hapa nih?..

Arghh..badan penat, tapi kena study..

Ok la, hope for those yang selalu dok tanya-tanya tu, dah dapat la jawapannya k..

Kepala dah pening, korang-korang, Ye, korang yang tengah baca entri ni.. Doakan semoga dipermudahkan untuk jawab exam kali ni, semoga terang hati, dimurahkan rezeki..

Tq..tq...tq...tq...tq...tq... (ikhlas ni tau.. ) (n_^)

tata..
Assalamualaikum..






Saturday 2 June 2012

I'm sorry.. :(

Salam uols..
Wahh, lamanya dah tak update new entry.. Beberapa minggu kebelakangan ni aku sangat busy,
mengaku sedikit culas and kekeringan idea, tak tahu nak share apa kat sini..
But, I'm still rajin jalan-jalan and baca entry kamu, kamu dan kamu yang aku follow, cuma kadang-kadang, tak sempat nak tinggalkan jejak, even nak tulis 'BW' kt cbox korang, so sorry..

Minggu ni aku cuti 1 week, sempena Hari Gawai, Uitm bagi peluang kat Sabahan and Sarawakian student yang sambut Hari Gawai untuk balik ke kampung halaman.. Minggu ni jugak macam-macam benda yang jadi, kerja banyak, assignment menimbun, text utk informative and persuasive speech tak cari lagi walaupun Isnin or Selasa ni would be my turn untuk buat speech for Human Communication subject.  Malam tadi baru start buat sikit, baru siap text essay mandarin and a bit intro untuk assignment Human Resource Mgt.. :(
Sangat risau..



Cuti kali ni tak berapa seronok macam sebelumnya, hari ahad lepas, kat rumah cuma ada mama and nenek since atuk tak sihat, ada batu karang, so atuk kat Hospital Selayang, tunggu masa untuk operation buang batu karang tu.  Kat rumah rasa sunyi sangat, mama and nenek ada kerja diorang masing-masing, so ibarat boleh kira berapa banyak kali kitorang bercakap.. 

But when we got news yang tok anjang (adik atuk) sakit and masuk ICU kat HKL, makngah, semua balik, terasa jugak la meriahnya rumah ni, huhu.. Hari Selasa lepas, 29th May 2012, it is my birthday, we all pergi tengok atuk kat Hosp. Selayang and also pergi tengok anjang kat HKL.. So, this entire week kami sangat busy, sampaikan aku siap usung lappy and broadband sebab hari tu kena submit question for interview untuk assignment HRM kat Syazni..Not only me, nak study pun tak boleh,  masing-masing susah hati..

Sampai la hari Rabu lepas, we got news that pihak hospital suruh bawak tok anjang balik, sebab dah kritikal and tak boleh nak wat apa-apa lagi..  Actually semua ni tak diduga, pada awalnya tok anjang cuma batuk and batuk dia tak sembuh-sembuh even dah sebulan, doktor kt klinik cuma bagi ubat batuk je, masing-masing tak expect yang anjang ada jangkitan kuman pada paru-paru, until dia collapse kat rumah adik atuk kat KL.. They are the one who bawak anjang ke hospital.

I was at Guardian Sungai Besar with 2 orang sepupu, Kina and Ya when I received a call from Asyraf, adik Ya yang suruh ktorang balik cepat sebab ada kenduri malam tu?.. Eh!.. kenduri apa?.. Kenapa tiba-tiba je?  At that time then I know that diorang dah arrange private ambulance untuk bawak balik anjang ke rumah Acik.  Tok anjang duduk sebelah rumah Acik, adik mama, and tok anjang dah lama divorce and tak ada anak.  Malam tu semua pergi rumah acik, and Zakwan pergi amik atuk dengan Angah dekat hosp.Selayang.  Angah memang stay kat hospital untuk jaga atuk since the last 3weeks, so Angah mintak kebenaran untuk bawak atuk balik untuk tengok anjang wat kali terakhir.  Malam tu semua orang dah sedia and redha if anjang 'pergi' malam tu.

Atuk dengan Zakwan tak sampai lagi when the ambulance sampai rumah Acik, dalam pukul (9.40 p.m.).  Orang ambulance tu pun dah standby dengan 3 tong oksigen, and dah diberitahu supaya tunggu atuk sampai then baru cabut oksigen yang dipasang pada anjang.  Around 11.30 p.m, Wan, Angah and atuk sampai.  Time tu memang moment yang sangat sebak, diorang cakap, anjang memang tunggu atuk, abang dia.  
Ktorang semua tido kat rumah acik malam tu, atuk balik rumah dengan angah and wan.  Around 6.30 a.m baru aku balik rumah dengan adik and Kina, yang lain stay kat rumah acik.

Around 7 a.m, nenek and makngah pulak balik rumah, nak mandi and makan sikit sebab diorang tak makan apa-apa since malam, but dalam pukul 7.20 a.m pagi Khamis, makngah received call cakap anjang dah tak ada.  Innalillahi wa in na ilai hi rajiun.. Akhirnya anjang pergi juga menghadap penciptanya..
Semua urusan selesai around pukul 4.30 p.m, arwah anjang dikebumikan lepas Zohor.  Malam tu and malam tadi ada tahlil kat rumah Acik, masa banyak dihabiskan kat sana, so, banyak kerja, assignment semua yang tak sempat nak buat.  Cuma malam tadi aku tak ikut pergi rumah acik, sebab nak siapkan sikit yang mana boleh.

Hari ni aku balik rumah Acu kat Sitiawan dulu, maybe tengah hari sikit baru gerak, baju-baju pun tak sempat kemas, ada yang tak sempat nak basuh, maybe aku cuma masukkan dalam bakul baju and basuh kat rumah Acu je, kalau tak sempat jugak, nampaknya kena basuh kat rumah sewa jugak la.  Harap-harap jalan tak jam, boleh sampai cepat sikit.  

Exam dah dekat, jadual exam pun dah keluar, InsyaAllah, I'll try my best in my exam.  
Ok la, nak siapkan sikit kerja yang mana sempat, before nak pergi kemas barang k..

Before that, Alfatihah untuk arwah Sakdiah bt. Budin @ Anjang Hendon..
Alfatihah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...