_bonus_

Friday, 28 December 2012

Shoulder to Cry On



Life is full of lots of up and downs,And the distances feels further when you're headed for the ground,And there is nothing more painful than to let you're feelings take you down,It's so hard to know the way you feel inside,When there's many thoughts and feelings that you hide,But you might feel better if you let me walk with youby your side,And when you need a shoulder to cry on,When you need a friend to rely on,When the whole world is gone,You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,I'll be there,I'll be a friend to rely on,When the whole world is gone,you won't be alone, cause I'll be there.All of the times when everything is wrongAnd you're feeling like
There's no use going onYou can't give it upI hope you work it out and carry onSide by side,With you till the endI'll always be the one to firmly hold your handno matter what is said or doneour love will always continue onEveryone needs a shoulder to cry oneveryone needs a friend to rely onWhen the whole world is goneyou won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry onI'll be thereI'll be the one you rely onwhen the whole world's goneyou won't be alonecause I'll be there!And when the whole world is goneYou'll always have my shoulder to cry on....
-by Tommy Page-



Tuesday, 25 December 2012

WAK GELAS 1ST GIVEAWAY: SECONDHAND IPOD


Korang-korang nak iPod tak?
Kalau nak beli sendiri entah bila baru nak beli kan? 
(*genggam purse kuat-kuat sebab sayang duit, huhu.. :p)

Sooo...
Apa kata, kita join ramai-ramai 1st GiveAway dari WAK GELAS ni, untung-untung ada rezeki boleh dapat iPod kan?.. (n_^)

Pemenang akan dipilih secara rawak and hanya satu (1) hadiah utama (2nd hand) iPod touch 32GB, and bukan iPhone5, also lima (5) hadiah saguhati..

Tarikh GA:
22 DECEMBER 2012 - 05 JANUARY 2013 (12.12 pm)

Limited Edition GiveAway by Dysha Sahhir


Rasa macam dah lama gler tak join apa-apa GA,  bz mengalahkan menteri, huhu..
Jom ramai-ramai join GA ni, kasi meriah.. 
Mana la tau kot-kot boleh dapat hadiah New Year ke kan.. (n_^)


Tempoh:
22 DECEMBER 2012 - 31 DECEMBER 2012

*ada hadiah untuk 20 peserta bertuah tau.. (n_n)
*please click banner to join ok.. 

Friday, 21 December 2012

I'm Coming Home

Assalamualaikum..
 *sila baca n jawab dengan nada yang sangat ceria hokey.. (n_^)

Setelah berminggu-minggu, tolak (-), campur (+), darab (X), bahagi (/), aku tak balik rumah,
 bajet sebab ke'busy'an yang melampau, akhirnya, haha, at last, esok if tak ada halangan, tak ada apa-apa last minute masalah, aku nak balik rumah.. 

Of course kena balik, minggu study week kannn.. Kena la balik even sekejap, jumpa mama, jumpa atuk, jumpa nenek, and jumpa adik-adik (even dah macam kena buat appointment if nak jumpa diorang sebab adik-adik semua dah keja), huhuhuhu.. (n_n)

Adalah satu kewajipan yang sangat wajib untuk balik jumpa mereka-mereka yang disebutkan diatas, mintak restu nak jawab exam, mintak maaf kat diorang, mintak diorang semua doakan semoga urusan sepanjang minggu exam nanti berjalan lancar, terang hati.. (n_^)

Dalam hati sebenarnya berdebar sebab esok ada test lagi, berderet-deret test and assignment sepanjang dua (2) minggu ni, makan minum, mandi tido semua dah tak terurus, dengan baju-baju kotor dalam bakul yang dah masuk dua (2) minggu tak basuh, haha (hmm, bajet busy sangat la ko fiqa..).. =p

Fikiran dah kat rumah, fikir nak balik, nak top-up balik waktu-waktu tido yang tak penah cukup sepanjang bulan ni, sampaikan kadang-kadang rasa macam kena parkinson, menggeletar tangan pegang pen, jalan macam tak pijak tanah, tu semua penangan sebab tido yang tak menentu.. Kadang-kadang tido pukul 530 am, then pukul 8 pegi kelas, kental tak kental namanya tuh.. 

Just now baru siap buat assignment, and kejap lagi nak study untuk test Human Resource Mgt, hope sangat sangat sangat sangat hint yang kitorang baru dapat tak sampai 2 jam tadi tu masuk la untuk test esok, tak mau dapat soalan lain, mintak sangat-sangat, huhu.. 

Orang sebelah rumah, merangkap jiran sebelah jugak baru pas message pasal test esok, nampaknya kena start bukak buku, baru je ingat nak rehat kejap, aduyaii.. Memandangkan esok aku maybe drive balik Selangor sorang-sorang, so tak boleh la nak tido lambat macam semalam, nanti niaya aku terlelap pulak masa drive, (Ya Allah, mintak jauh dan lindungi la perjalananku nanti, Aminnn)..

No picture untuk teman entri kali ni, 
Got to go, 
Study, study, study, study..

Malam ni nak tido sambil senyum boleh?
Hati bahagia sebab dapat balik rumah..
Huhu..
Good nite..

-nao-

Wednesday, 19 December 2012

Diam


Aku cuma ingin diam
Jangan ada bicara
Untuk sekali ini
Aku ingin diam

Biarkan aku
Aku ingin diam
Biarkan aku sendiri
Aku ingin diam

Cuma diam
Aku ingin diam
Beri aku ruang itu
Aku ingin diam

Jangan ganggu aku
Ruang itu juga
Jangan ganggu
Kerana aku cuma ingin diam
Sendiri dalam ruang itu

Thursday, 18 October 2012

Single sudah.. Mungkin tiada jodoh antara kita..

17 October 2012; 04:31 PM..

Setelah beberapa tahun, pada tarikh ini, jam ni aku kembali solo, single, bujang, dan yang sewaktu dengannya.. Bohong kalau ada yang kata aku tak sedih, lagi kejam kalau ada yang kata aku tak ada perasaan, bercinta bagai nak rak, bertahun-tahun, then boleh putus and still jalani life macam biasa..
Giler ke kalau aku tak sedih.. Hati hancur luluh kot.. Berkecai hati, nak jait pun mesti tinggal parut.. tak suka.. :(

Jangan tanya salah siapa or siapa yang jadi punca kepada semua permasalahan antara kami selama ni, yang penting, semua ni langsung tak ada kena mengena dengan orang ketiga or yang sewaktu dengannya.. Orang sekeliling ramai yang tanya, tak sayang ke putus, couple dah lama, kalau kawen agaknya dah ada anak yang masuk tadika dah, huhu.. :)

Sebelum ni dah banyak kali kami bergaduh, kemudian baik semula, dalam masa bertahun-tahun ni dah macam-macam dugaan, susah senang yang kami kongsi bersama, belum lagi kenangan dengan family masing-masing.. hmm..
Actually banyak kali dah kitorang hampir putus, tapi gaduh macam mana pun, berperang bagai nak rak macam mana pun, tetap tak putus-putus.. Sebelum ni sampai tekad buat istikharah, tapi tak dapat jawapan, so aku assume yang mana aku lebih yakin as jawapan kepada istikharah yang aku buat.. Sebab yang paling kuat yang  buat aku terus dengan dia selepas istikharah tu, mostly disebabkan hubungan kami yang liat nak putus walaupun gaduh besar banyak kali.. Please readers, don't make your own judgement tanpa alami dan faham apa yang kami lalui selama ni.. It is not easy to start a relationship, and it is much harder to break the relationship.. Bukan suka-suka dan keputusan ni aku buat bukan tanpa pertimbangan, bukan dengan paksaan, buat dengan membuta tuli, dan bukan kerana ikut kan perasaan. 

My family still tak tahu hal ni, and aku tak tahu if family dia dah tau or tak yang kami dah tak bersama lagi.. Hati ni dah tekad, lebih kuat berbanding sebelum ni, mudah cair, senang terima kata maaf, still berfikir yang hati ni masih perlukan dia, terus berusaha untuk kuatkan hati untuk terima dia.. Tapi tu dulu, aku lebih tabah sekarang, hati remuk, tapi lebih kental sekarang..

Aku masih yakin dengan setiap apa yang jadi, pasti ada hikmahnya, tak mau menyalahkan takdir, tak nak meratapi perpisahan antara kami macam orang yang tak ada iman.. Aku masih ada family, kawan-kawan yang baik hati, assignment and test yang berlambak-lambak, insyaAllah, dugaan ni datang pada masa aku sangat sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar, sekurang-kurangnya aku tak terlalu bersedih..

Aku terima semua yang jadi dengan redha dan lapang hati.. Setiap kali selesai solat sejak dari dulu aku berdoa, seandainya dia milikku, satukan hatinya dan hatiku, titipkan kebahagiaan antara kami dijalan yang Allah redhai, dan andai dia bukan milikku, maka lapangkan dan redhakan hatiku dalam menanti Adam imamku, yang akan membimbing, memimpin dan membawaku dan keluarga untuk lebih dekat denganNya..

Kepada dia, maafkan aku, ku lepaskan kamu pergi, cari lah kebahagiaan yang kau impi, mungkin salah aku kerana tak mampu memberimu bahagia yang kau cari, ku doakan kau berbahagia, tanpa aku lagi disisi.. Aku maafkan kamu, untuk sekecil-kecil kesalahan, aku halalkan juga segalanya, aku mohon kemaafan juga dari kamu, mohon dihalalkan juga segalanya, sungguh aku tak mampu lagi untuk teruskan hubungan ni.. Jangan sekali pernah kau fikir aku curang, kerana sekali pun aku tak pernah menduakan cinta dan kasih sayang aku pada kamu.. mungkin tiada jodoh antara kita.. Aku tinggalkan kau disini, dengan sejuta memori.. Semoga kau berbahagia walau tanpa aku disisi..

Saturday, 15 September 2012

Isteri Solehah..

Lama tak dengar lagu nasyid ni.. Isteri solehah.. Tadi tiba-tiba teringatkan lagu ni, lirik cuma ingat yang rangkap awal je, puas cuba nak ingat balik, tapi tak ingat jugak, lastly baru terfikir untuk godek kat google (reaksi yang lambat, huhu..) To me, lirik lagu ni sangat bermakna, sangat bagi pengajaran and mendidik kita (golongan wanita) zaman ni supaya tak lupa tanggungjawab as a wife walaupun setinggi mana pun kedudukan kita dari segi pendidikan dan kerjaya.. 

Huhu, walaupun aku tak kawen lagi, degree pun belum abis, but to me, pada usia 24 tahun, aku perlu berfikir untuk masa depan aku, kena bijak merancang dan merencana masa depan, bersedia untuk menyiapkan diri menjadi seorang wanita (sebab pada umur 24 tahun bagi aku umur tu masih dalam lingkungan remaja).. 

Tak nak sembang panjang lagi, jom sama2 kita hayati dan fahami lirik lagu ni, semoga kita semua beroleh ilmu yang bermanfaat darinya..


Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa damai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Lelaki yang perlu dicari..


pic source: google

Jujur..
Aku mencari Adam yang mampu membimbing aku untuk lebih dekat dengan agamaku
Yang sudi memimpin aku untuk lebih istiqamah dalam setiap amalku
Yang sentiasa akan menasihati dan mengingatkan aku tentang tanggungjawabku 
Persekitaran sekeliling aku mengajar aku untuk lebih berfikir
Untuk tidak terus lalai dengan kehidupan selesa didunia lantas akhirnya melupakan kehidupan seterusnya di akhirat sana
Aku tahu aku tak mampu lakukannya sendiri
Aku perlukan Adam yang halal disisiku untuk membantu aku
Menjadi imamku dan memimpin keluarga kami
Perbaiki kehidupanku
Sungguh aku takut ya Tuhan
Andai zuriat keturunanku nanti turut alpa dalam mengingatiMu
Sungguh ku perlukan Adam itu 
Agar keturunanku seterusnya lebih terdidik dalam mengenali dan mengamalkan agamuMu ya Allah.. ;'(





Friday, 7 September 2012

Friday, 10 August 2012

Kita ingat kat dia, tapi dia ingat ke kat kita.. (u_u)


Mungkin saja ini yang terbaik untuk kita..
Aku tak tahu, mereka juga tak tahu..

Untuk mereka,
 Aku mendoakan yang terbaik buat mereka, 
Buat aku juga, 
Semoga saja ini yang terbaik buat kita bersama..

Wednesday, 1 August 2012

Chocolate Muffins and Apam Ladybird.. (n_^)

Assalamualaikum..
Haha, lamanya tak update entry baru, bajet busy sangat je aku ni, huhu.. Sekadar nak share, semalam aku and my BFF, Tikah, ada la try buat choc. muffin and apam ladybird, before this pernah buat apam polkadot je, ala, yang bintik2 cam mushroom tu, huhu.. of coz smua orang dah familiar dengan apam polkadot tu kan..Oh!.. and also choc. muffin tu, suppose ktorang nak buat dia punya krim skali (apa daa ayat... ;p), tapi takut tak sempat sebab start buat benda2 ni semua pun dalam pukul 2p.m, pukul 6p.m, ktorang nak kena settlekan semua sebab nak prepare untuk berbuka pulak.. (n_n)

Ok, lets start with the chocolate muffin first... 
.
.
.
.
Ups!.. Baru perasan, pic masa tengah 'bancuh' (is it a correct word to describe?.. ;p) bahan-bahan tu tak sempat nak amik, konon tengah focus sangat-sangat la time tu kan, huhu.. So, yang ada pic after muffin tu dh dibakar je.. 
Ni la hasilnya...






Huhu, pic semua dah tonggang-terbalik..
Ok, next, jom tengok the ladybird in the making and hasilnya..
.
.
.
.
.
Actually, time buat apam ladybird ni, ktorang berdua dah memang penat gler, memang fikir nak siapkan cepat and rehat je, haha.. That's why la kalau tengok coraknya memang sememeh sikit, asal nampak rupa je.. And untuk ladybird segala bagai ni, ktorang letak blueberry jam as filling..


.
.
.
.
.
Haa.. ni pulak, after dah siap kukus.. 
.
.
.


Hasilnya memang la tak seberapa, tapi the taste is awesome for the beginner like us k, haha, (sapa lagi nak puji if kita tak puji diri sendiri kan.. ;p)..

K la, jumpa lagi kat next enty k.. InsyaAllah.. (n_^)

Saturday, 7 July 2012

Eqbal Zack: Brisbane Giveaway...

Three (3) Kangaroo Pencil Case

Four (4) exclusive key chains from Brisbane and two (2) Koala Coin bag

Interested to join?
Just click at any of the two picture above
 (n_^)

Deadline: midnight 11:59pm Malaysia time, 31 July 2012 (Tuesday)



Friday, 29 June 2012

Please Forgive Me

Tak pernah terbayang sebelumnya
Denganmu telah berakhir di sini
Semoga kau dapat merelakan
dan melupakan semua tentangku..

Korus
Selamat tinggal kekasih 
kau kan selalu ada
di atas hatiku

Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You`re always in my heart

Ternyata ku harus meninggalkan 
Semua kenangan bersamamu
Maafkan ku memilih dirinya
Kerna ku tak mampu menolaknya 

Korus
Selamat tinggal kekasih
Kau kan selalu ada
Di atas hatiku

Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You`re always in my heart

Tak pernah terbayang sebelumnya
Denganmu telah berakhir di sini
semoga kau dapat merelakan
dan melupakan semua tentangku 

*Selamat tinggal kekasih 
kau kan selalu ada
di atas hatiku

Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You`re always in my heart



 

Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2011/08/elly-mazlein-please-forgive-me-lirik.html#ixzz1z75vc74R 
Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com

Andai Ku Bercinta Lagi -Aweera-


Kini kau tiada

Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh


Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati..





Thursday, 28 June 2012

Chuweett Guppy-Guppy ku.. (n_^)

Hah!..Ok, sedar sudah yang title entry kali ni memang gedik, (muka tak bersalah.. ;p).. Just nak share, tengah hari tadi right after keluar je dari dewan exam, aku, and member-member rumah sebelah (ina, wa and faie) terus serbu dewan makan kat Indera Mulia, kesnya sebab nak jimat, kat DM boleh beli nasik bajet, 
nasi + ayam/daging + sayur = RM3 je, kat luar mana nak dapat, huhu.. (n_^)

Ok, tu bukan benda yang aku nak focuskan sekarang ni, coz ada benda yang lebih SUPERB EXCITING to me..huhu...(sangat excited bagi aku, maybe bukan bagi korang..).. 

My SWEET LITTLE GUPPY!..

Yang ekor oren tu jantan tau, ada dua ekor, and yang ekor kuning tu betina.. :)

Mereka sangat tecik.. tecik-tecik nya.. (n_^)

Dimanakah... ;p

Saya dah jatuh cinta dengan mereka-mereka.. (n_n)

Lepas je keluar dari pagar belakang Uitm, kitorang singgah kedai aquarium dekat dengan area rumah, Ina nak beli tali leher kucing yang untuk buang kutu tu (baru tau function sebenar tali tu, ingatkan orang saje suka-suka letak, huhu).. 

Usyar-usyar, then jatuh hati kat depa-depa ni, cute sangat, lagipun memang dah lama simpan angan-angan nak bela ikan, tapi asyik tertangguh je.. So, sekarang diorang dah selamat ditangan aku untuk menjaga mereka-mereka berempat, haha..  Ada empat (4) ekor semuanya, kiranya ada dua (2) pasang la.. Sukanya tengok, tapi cam kesian je kat diorang sebab bekas tu cam tak cukup besar je.. Nanti nak beli lagi satu bekas yang sama, then boleh la letak sepasang dalam setiap bekas tu..

Hmm, mereka-mereka takde nama, panggil guppy-guppy dengan nada yang comel je, haha (sudah, aku melalut lagi).. (n_^)

K la, nak sambung study, next paper is on next Monday, so doakan saya ye..
 (n_n)

Tuesday, 26 June 2012

I've Never Regret.. (n_n)


Ya, I've never regret..  Everything happens ada reason and hikmah yang kita tak tahu..
Sakit hari ini, mungkin dugaan untuk Allah beri kita bahagia hari esok..
Pengalaman mematangkan fikiran..

(n_^)


Aku belajar dari masa lalu.. Supaya tak berulang lagi..



(n_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...