_bonus_

Thursday, 18 October 2012

Single sudah.. Mungkin tiada jodoh antara kita..

17 October 2012; 04:31 PM..

Setelah beberapa tahun, pada tarikh ini, jam ni aku kembali solo, single, bujang, dan yang sewaktu dengannya.. Bohong kalau ada yang kata aku tak sedih, lagi kejam kalau ada yang kata aku tak ada perasaan, bercinta bagai nak rak, bertahun-tahun, then boleh putus and still jalani life macam biasa..
Giler ke kalau aku tak sedih.. Hati hancur luluh kot.. Berkecai hati, nak jait pun mesti tinggal parut.. tak suka.. :(

Jangan tanya salah siapa or siapa yang jadi punca kepada semua permasalahan antara kami selama ni, yang penting, semua ni langsung tak ada kena mengena dengan orang ketiga or yang sewaktu dengannya.. Orang sekeliling ramai yang tanya, tak sayang ke putus, couple dah lama, kalau kawen agaknya dah ada anak yang masuk tadika dah, huhu.. :)

Sebelum ni dah banyak kali kami bergaduh, kemudian baik semula, dalam masa bertahun-tahun ni dah macam-macam dugaan, susah senang yang kami kongsi bersama, belum lagi kenangan dengan family masing-masing.. hmm..
Actually banyak kali dah kitorang hampir putus, tapi gaduh macam mana pun, berperang bagai nak rak macam mana pun, tetap tak putus-putus.. Sebelum ni sampai tekad buat istikharah, tapi tak dapat jawapan, so aku assume yang mana aku lebih yakin as jawapan kepada istikharah yang aku buat.. Sebab yang paling kuat yang  buat aku terus dengan dia selepas istikharah tu, mostly disebabkan hubungan kami yang liat nak putus walaupun gaduh besar banyak kali.. Please readers, don't make your own judgement tanpa alami dan faham apa yang kami lalui selama ni.. It is not easy to start a relationship, and it is much harder to break the relationship.. Bukan suka-suka dan keputusan ni aku buat bukan tanpa pertimbangan, bukan dengan paksaan, buat dengan membuta tuli, dan bukan kerana ikut kan perasaan. 

My family still tak tahu hal ni, and aku tak tahu if family dia dah tau or tak yang kami dah tak bersama lagi.. Hati ni dah tekad, lebih kuat berbanding sebelum ni, mudah cair, senang terima kata maaf, still berfikir yang hati ni masih perlukan dia, terus berusaha untuk kuatkan hati untuk terima dia.. Tapi tu dulu, aku lebih tabah sekarang, hati remuk, tapi lebih kental sekarang..

Aku masih yakin dengan setiap apa yang jadi, pasti ada hikmahnya, tak mau menyalahkan takdir, tak nak meratapi perpisahan antara kami macam orang yang tak ada iman.. Aku masih ada family, kawan-kawan yang baik hati, assignment and test yang berlambak-lambak, insyaAllah, dugaan ni datang pada masa aku sangat sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar, sekurang-kurangnya aku tak terlalu bersedih..

Aku terima semua yang jadi dengan redha dan lapang hati.. Setiap kali selesai solat sejak dari dulu aku berdoa, seandainya dia milikku, satukan hatinya dan hatiku, titipkan kebahagiaan antara kami dijalan yang Allah redhai, dan andai dia bukan milikku, maka lapangkan dan redhakan hatiku dalam menanti Adam imamku, yang akan membimbing, memimpin dan membawaku dan keluarga untuk lebih dekat denganNya..

Kepada dia, maafkan aku, ku lepaskan kamu pergi, cari lah kebahagiaan yang kau impi, mungkin salah aku kerana tak mampu memberimu bahagia yang kau cari, ku doakan kau berbahagia, tanpa aku lagi disisi.. Aku maafkan kamu, untuk sekecil-kecil kesalahan, aku halalkan juga segalanya, aku mohon kemaafan juga dari kamu, mohon dihalalkan juga segalanya, sungguh aku tak mampu lagi untuk teruskan hubungan ni.. Jangan sekali pernah kau fikir aku curang, kerana sekali pun aku tak pernah menduakan cinta dan kasih sayang aku pada kamu.. mungkin tiada jodoh antara kita.. Aku tinggalkan kau disini, dengan sejuta memori.. Semoga kau berbahagia walau tanpa aku disisi..

2 comments:

  1. assalamualaikum dear kakak..
    harap kakak tak sedih...
    yakinlah bahawa Allah punya rencana yang baik untuk akak..
    kalau rasa lemah saat sedih datang...
    contact huda k???
    i wish i can be the one who by ur side right now...
    i lend u my shoulder, u can count on me...
    miss u kakak...apa2 call taw..!
    i wish sgt dpt ada kt sana teman akak...
    love u and miss u kakak..!

    ReplyDelete
  2. kalau ada jodoh dengan dia x kemana kan. biarlah dah berputus pun. suatu hari nanti kita x tahun kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...