Assalamualaikum..
*sila baca n jawab dengan nada yang sangat ceria hokey.. (n_^)
Setelah berminggu-minggu, tolak (-), campur (+), darab (X), bahagi (/), aku tak balik rumah,
bajet sebab ke'busy'an yang melampau, akhirnya, haha, at last, esok if tak ada halangan, tak ada apa-apa last minute masalah, aku nak balik rumah..
Of course kena balik, minggu study week kannn.. Kena la balik even sekejap, jumpa mama, jumpa atuk, jumpa nenek, and jumpa adik-adik (even dah macam kena buat appointment if nak jumpa diorang sebab adik-adik semua dah keja), huhuhuhu.. (n_n)
Adalah satu kewajipan yang sangat wajib untuk balik jumpa mereka-mereka yang disebutkan diatas, mintak restu nak jawab exam, mintak maaf kat diorang, mintak diorang semua doakan semoga urusan sepanjang minggu exam nanti berjalan lancar, terang hati.. (n_^)
Dalam hati sebenarnya berdebar sebab esok ada test lagi, berderet-deret test and assignment sepanjang dua (2) minggu ni, makan minum, mandi tido semua dah tak terurus, dengan baju-baju kotor dalam bakul yang dah masuk dua (2) minggu tak basuh, haha (hmm, bajet busy sangat la ko fiqa..).. =p
Fikiran dah kat rumah, fikir nak balik, nak top-up balik waktu-waktu tido yang tak penah cukup sepanjang bulan ni, sampaikan kadang-kadang rasa macam kena parkinson, menggeletar tangan pegang pen, jalan macam tak pijak tanah, tu semua penangan sebab tido yang tak menentu.. Kadang-kadang tido pukul 530 am, then pukul 8 pegi kelas, kental tak kental namanya tuh..
Just now baru siap buat assignment, and kejap lagi nak study untuk test Human Resource Mgt, hope sangat sangat sangat sangat hint yang kitorang baru dapat tak sampai 2 jam tadi tu masuk la untuk test esok, tak mau dapat soalan lain, mintak sangat-sangat, huhu..
Orang sebelah rumah, merangkap jiran sebelah jugak baru pas message pasal test esok, nampaknya kena start bukak buku, baru je ingat nak rehat kejap, aduyaii.. Memandangkan esok aku maybe drive balik Selangor sorang-sorang, so tak boleh la nak tido lambat macam semalam, nanti niaya aku terlelap pulak masa drive, (Ya Allah, mintak jauh dan lindungi la perjalananku nanti, Aminnn)..
No picture untuk teman entri kali ni,
Got to go,
Study, study, study, study..
Malam ni nak tido sambil senyum boleh?
Hati bahagia sebab dapat balik rumah..
Huhu..
Good nite..
-nao-
No comments:
Post a Comment