_bonus_

Wednesday, 14 December 2011

StuDY HarD!


Salam to all eUriKa readers..
Entri kali ni mungkin ringkas je, tak panjang cam selalu, ni pun cuba untuk meluangkan masa untuk meng'keyboarding'kan entri yang tak seberapa ni..
Sepanjang bulan Disember ni, aku sangat2 busy, macam2 benda nak kena buat, dah namanya student, camni la dugaannya, tak boleh nak merungut selalu, huhu..

Ok la, sekadar untuk berkongsi jadual aku untuk minggu ni, esok aku ada test Human Communication for Office Professional, baru semalam lecturer inform pasal hal ni, banyak chapter nak kena cover, agak risau kalau tak mampu nak hafal and faham semua chapter yang masuk test esok..But, the biggest challenge for me right now is tak lain tak bukan, test kuiz account esok, entah sempat or tak nak study untuk dua2 subjek ni..

Hmm..to all readers yang sudi singgah and baca entri2 aku yang tak seberapa selama ni, thanks a lot k, tapi sorry sangat coz aku memang terserlah sangat2 jarang untuk update entri kat blog ni..Tapi, walaupun selalu culas untuk update entri, aku tetap setia berkunjung ke blog2 readers yang aku follow, and jugak blog2 bloggers yang sudi singgah kt sini, (benda pertama yang di'check' bila online-shoutbox =p) cuma antara sempat or tidak je untuk aku tinggalkan pesan kat shoutbox masing2, huhu..


Malam ni, seperti malam2 yang sebelumnya, and may be jugak sampai habis final nanti, aku jadi 'burung hantu' la, berjaga malam, tak tidur selagi jam belum pukul 2-3 pagi, either study or buat assignment or cuma borak sakan dengan housemate, haha, ha, yang tu tak ada jawapan yang pasti..

Hmm..k la, credit picture to google yang bnyak menyumbang warna-warni untuk entri2 dalam blog ni..Doakan aku supaya boleh score dalam dua test yang akan aku hadapi esok hari k..:)

Saturday, 10 December 2011

Ombak Rindu dalam hati?...

Lamenya aku x post apa2 entri kt sini..Dh sebulan rupanya..Menghadapi masa2 ke’bz’an yang agak mengganggu pembahagian masa 24jam sehari  yang diberikan olehNya..Ya Allah..Jauhkan aku dari lalai mengingatiMu Tuhanku..

Tajuk entri kali ni tak ada kena mengena dengan filem Ombak Rindu yang tengah 'hot' kat cinema sekarang ni tau..huhu..Nama pun ombak rindu dalam hati, so entri kali ni sekadar untuk luahan perasaan

Menghampiri waktu2 kuliah yang kian ke penghujungnya..Study week bakal menjelang 2 minggu lagi..kelas yang batal perlu diganti, ujian dan kuiz yang tertangguh terus bersusun menunggu giliran..baru hendak melepas lelah, menggantikan waktu tidur yang kian tak menentu, menelaah pelajaran demi kuiz dan ujian satu demi satu, datang lagi kuiz dan ujian untuk subjek yang lain..Mujur ada assignment dan presentation yang selesai sudah dilunaskan, kiranya kurang sikit beban dibahu saat ni..

Minggu depan ada kuiz 2 untuk Financial Account for non accounting student, ye la, aku bukan student account pun, cuma terpaksa ambil untuk memenuhi syarat silibus bagi course yang aku ambil sekarang..Setakat ni, sejak dari diploma dulu, rasanya subjek ni yang paling menggangu fikiranku, bukan sudah di’mind set’kan susah, tapi memang agak berat untuk aku, sememangnya aku mengharapkan lebih banyak masa untuk kelas teori dan tutorial coz aku ‘lost’ bila nak study sendiri..

Sangat2 risau kalau tak mampu perform well untuk semester ni, membawa harapan keluarga yang tersandar dibahu sedikit sebanyak agak merunsingkan fikiran.  Cita-citaku untuk membahagiakan keluargaku, membuat mereka bangga denganku, terasa sangat berat saat ni..

Ya Allah, aku hambaMu yang terkadang alpa dengan limpah rezeki kurniaanMu..
Bantu aku terus berada lurus dijalanMU
Permudahkan urusanku
Terangkan serta kuatkan hati dan fikiranku
Tajamkan daya ingatan, kefahaman  dan pemikiranku
Jauhkan aku dari segala perkara yang melalaikan..


Ya allah,
Bantulah aku untuk memahami, mengingati serta mengamalkan apa yang telah diajarkan kepadaku
Agar aku mampu akhirnya untuk berbakti kepada diriku, ibuku, keluargaku, agama serta bangsaku..
Permudahkan segala urusanku
Bantu aku untuk membahagiakan hati dan perasaan keluargaku terutama ibuku Ya Allah..
Sesungguhnya, kebahagiaan ibuku adalah kebahagiaan untuk aku..
Sesungguhnya Kau Maha Mendengar...




*pic fr google*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...