_bonus_

Wednesday, 29 February 2012

29 Februari datang lagi..

Rasanya seperti baru semalam aku lihat dia...
Hakikatnya itu kali terakhir..
Dah lapan tahun rupanya..

Waktu dulu aku enam belas, masih hingusan
Kini menginjak dua puluh empat, sudah gadis 
Lapan tahun tak ku sua dia
Lama sungguh..

Dia yang lama dulu pergi
Lapan tahun kebelakang
Aku tak lupa..

Perginya dia masih muda, belum genap empat puluh enam
Tak sempat lihat anak-anaknya tamat sekolah, 
Aku yg perempuan masih berkurung putih berkain sekolah turqoise, 
Yang bongsu baru dua bulan merasa seragam kain yang sama
Yang lelaki seorang itu baru dua tahun merasa kemeja putih berseluar hijau lumut
Kami masih muda juga..

Dulu-dulu berlima,
Lapan tahun dulu tinggal empat,
Sudah kurang satu..

Dia abahku,
Yang sangat lembut hatinya
Sungguh penyabar
Manis raut wajahnya
Aku tak lupa
Kami semua tak lupa..

Al-fatihah untukmu abah
Dari kami anak-anakmu yang tiga ini
Juga dari isterimu, ibuku
Moga tenang disana
Kami merinduimu
Dari lapan tahun dulu
Kami terus rindu....










Wednesday, 22 February 2012

Result Uitm Examination Januari 2012 dah keluar!

Salam semua..
Nothing much to say right now..(huhu, yeke tak banyak..eerrrkkk.. =p)

Pagi tadi around pukul 930 a.m, room mate aku, Syazni message and inform yang result exam hari tu dah keluar..Waaa, sangat berdebar-debar, pegang phone pun menggigil, sangat takut..Huhu..

Sangat-sangat nervous!

Sekarang ni nak check result dah senang, tak payah susah-susah nak bukak Student Portal or Website Uitm, sebab result dah dihantar terus kat email masing-masing..Hmm, teringat masa dulu-dulu (cheeewaaahh! ayat..).. Dulu susah sangat nak check, untuk siapa yang tak de line internet kat rumah, tak de broadband ke, terpaksa berkampung kat CC, dari pagi kadang-kadang terlajak sampai ke petang, line busy, susah sangat nak masuk Student Portal semua tu untuk check result..Untuk siapa yang bersabar tu, dua or tiga hari lepas result keluar baru nak check sebab tak nak berdepan dengan situasi kena duduk depan PC or laptop lama-lama, haha..Tapi normal la, semua orang mesti excited nak check result kan, so kalau line busy time tu, memang adat la tu..

Bila line busy, korang akan act macam ni tak? huhu..

I love Uitm, haha, tq sebab dah mudah and memudahkan lagi kerja kami yang student ni untuk check result..
Ha, untuk sapa-sapa yang belum check result lagi, boleh la check sekarang k..

Mulakan dengan Bismillah... :)


But my result is rahsia..Yang penting lulus semua, Alhamdulillah..

*All the above image sekadar hiasan semata-mata, credit to google.. :)


Friday, 17 February 2012

Felt Brooch

Salam semua..
Ha, seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ni, aku ada cakap nak share picture brooch yang aku wat hari tu kan?..

So, jom tengok k.. (Kualiti gambar harap maklum la memang teruk coz guna camera hp je)

Bunga kemboja dan si tecik roses =p
Aku sekarang ni dalam proses nak wat bantal kecik, wat letak dalam kereta, ha, tapi bukan untuk aku, tapi nak bagi kat my sayang, hujung bulan ni genap 5 tahun kitorang kenal, so, nak la bagi something kat dia..

Yang kat bawah ni baru siap sikit, baru buat cartoon boy, suppose ada 2 bjik bantal, and bantal yang lagi 1 nanti ada picture girl pulak, haha, cam budak-budak kan?.. (n_^)

before

after (tengok, boy ni pegang belon bentuk heart, hehe..)

Benda-benda ni semua aku wat suka-suka je, terutama brooch tu, dah wat sikit cam suka pulak, tu yang bila kumpul jadi banyak tu..Warna kain terhad, so buat guna kain yang ada, tu yang jadi ada bunga warna hijau tu, huhu..

K la, jumpa lagi kat next entry nanti.. (n_n)



Heart Felt Keychain

Lamanya tak update new entry, huhu..
Actually seminggu dua ni aku agak busy, ye, busy walaupun sekarang ni tengah cuti sem..
Start dari hari Isnin hari tu aku ulang-alik dari Sungai Besar ke Sekinchan, gi rumah maksu, hmm, rasa-rasanya kenapa aku dengan semangat rajinnya nak kesana hari-hari?..

Aku gi sana sebab nak belajar jahit baju kurung, ye la, sekarang ni bukan senang kalau nak tempah baju kurung, asal nak tempah je mesti kena tempah sebulan dua lebih awal, kalau tak, memang tak dapat la.  So, disebabkan dah ada kesedaran dalam diri untuk menambahkan ilmu kewanitaan, cheewah!, haha, so aku mintak la maksu aku ajarkan, nak tempah baju kat dia pun susah, kesian jugak sebab tempahan dia asyik full je, tambah-tambah sekarang kat sini musim kenduri kawen, semua orang nak pakai baju baru.
(no picture masa belajar potong kain segala bagai, tak sempat nak amik pun, tak apa la, tak penting pun kan3x.. (n_^)

Ha, entry kali ni sebenarnya aku nak share skit pasal keychain felt yang aku buat, sekadar nak isi masa lapang je, kain-kain felt tu aku order dari susndfeltproduct.com dua minggu lepas (eh! ye ke, alamak tak sure la bila, huhu).

Benda-benda alah ni aku wat saja-saja je, ada yang bagi kat kawan-kawan aku and ada jugak adik aku si Zakwan tu jual kat kawan dia, haha..Adik aku ni actually baru je abis diploma dia, bulan 10 ni kot konvo kat UTM Skudai.  

Ha, banyaknya aku membebel, k la, jom layan keychain yang tak seberapa tu k..(Sori, kualiti gambar memang tak memuaskan, guna camera hp E71 aku yang dah uzur tu je, huhu..)

Keychain pink ni aku watkan untuk awek Zakwan, awek dia ni memang obses dengan pink.

(depan)
(belakang)
Yang bawah ni pulak aku buatkan untuk kawan Yana, awek Zakwan tu..Dia nak letak nama depan and belakang heart tu.

(depan)

(belakang)
Yang ni pulak aku dah bagi kat Syahira, sepupu aku, suka la dia dapat keychain banyk, huhu..

(gemuk-gemuk sebab diisi fiber dengan banyaknya, huhu)
Aku ada wat felt brooch jugak, roses and kemboja je wat masa ni, saja try buat, and sebahagiannya dah aku bagi kat makcik-makcik aku, and nenek jugak.. Entry pasal brooch tu nanti-nanti ble free aku wat k.

Pada semua yang masih sudi nak jenguk blog yang tak seberapa ni, terima kasih ya, sori banyak-banyak sebab aku sangat culas nak wat entry baru..Tq once again, sincerely from me.. (n_^)






Saturday, 11 February 2012

Yang Mana Satu Ni??..Adoiyaiii...

Ala, serabutnya kepala sekarang ni!..:(
Nak pilih yang mana satu..
.
.
.
.
.
.

Ha, korang tengok ni, TV2 ada cite Mr. Cinderella, and dalam masa yang sama jugak, TV3 ada
 Kuch Kuch Hota Hai..

Sekarang ni macam mana, patut tengok yang mana satu?..TV kat atas bukak TV2, and kat bawah pulak bukak TV3, nak tengok dua2, tak kan nak angkut tv tu letak sebelah2 pulak..


1st filem yang aku tengok kat cinema, bersungguh mintak duit kat abah sebab nak kuar dengan kawan,  baru form 2 kot masa ni..So, citer ni ada sensimental value for me personally..huhu..

 OR
Citer ni yang superb sedey..Tengok sepuluh kali pun tipu kalau cakap air mata tak bergenang..huhu..

*Tiba-tiba rasa cam tak berbaloi je nak pening-pening kepala pasal benda remeh camni, huhu..Keputusannya, tengok Dora and the explorer, my sepupu, Aina dah conquer tv atas and aku pulak malas nak turun bawah..Halaaaahaiiii......

Tuesday, 7 February 2012

Changing Blog Background and etc..

Salam semua..
Buat masa ni, blog ni masih dalam proses mencari color theme, background and etc..
Rasa cam dah lama sangat aku guna background yang dulu (lupa nak print screen before try new background)..

So, dalam masa sehari-dua ni, mungkin blog ni akan nampak cam huru-hara yang amat (macam la sebelum ni blog ni teratur dengan jayanya =p)..Haha, confused betol.

*Gambar sekadar hiasan <google>

Hmm..terfikir jugak nak singkirkan falling roses petals tu, tapi nanti la, itu aku akan wat last sekali coz tak buat keputusan lagi..Dalam kepala sekarang ni cuma fikir nak bagi blog ni ada new look, tak kisah la dari aspek color theme ke, susun atur widget yang berlambak tu ke, or yang sewaktu dengannya, huhu..

Ni semua kerja yang memang tak dirancang, tiba-tiba rasa nak buat, so, alang-alang dah buat sikit, rasanya baik diselesaikan terus kan?..(n_^)

Kerja kalau buat tak da perancangan memang la akan mengharu-birukan keadaan, tambah-tambah kalau buat kerja kelam-kabut, tak nak la jadi camtu, so buat masa ni, aku akan try ubah sikit demi sikit sampai la aku puas hati k..Aku pun bukan la pandai sangat, semuanya guna konsep TRY AND ERROR..Kalau jadi, Alhamdulillah, kalau tak jadi, aku try yang lain, huhu..

Mungkin hasilnya nanti tak sehebat blog-blog lain kat luar sana, and siapa lah aku nak membandingkan blog yang tak seberapa ni dengan diorang.  Tapi yang penting, aku puas hati, selesa dengan apa yang aku ada, and sentiasa cuba memperbaiki apa yang kurang. 

 Hidup kena POSITIF (+ve), lagipun hal-hal berkaitan blog ni bukan la the main thing dalam hidup aku, sebab ada banyak lagi benda-benda penting yang aku kena dahulukan.  Blog sekadar tempat untuk aku meluahkan rasa, berkongsi cerita, ia ibarat satu DIARY, even though aku sangat-sangat culas nak meng'update'kannya..
Huhu.. (n_n) 

Okey lah, panjang berjela aku membebel, ni kalau dah pukul 3 a.m. still tak boleh tido, confirm esok seharian aku pening kepala..Time to sleep now, kerja-kerja pembersihan blog and etc akan disambung esok pulak oleh kakitangan Majlis Perbandaran yang tak bertauliah (tak ada yang lain, memang aku la tu..=p)..

Nite korang..(haha, nite ke morning nih?..confuse lagi =p)..
Salam..



Sunday, 5 February 2012

Apam Polka Dottttt......(n_^)

Salam semua, 
Ha, kat entri sebelum ni aku ada cerita yang aku ada wat apam polka dot kan?..Masih dalam proses percubaan, cuba-cuba je buat, but practice makes perfect kan?.. :)

Jom tengok k..

Si Tecik-Tecik Hijau, Kuning and Putih

Anak jiran sebelah..haha..(sori ye Fikri..=p)


Tak da kerja..(hope my sayang nampak pic ni..huhu..)

Actually setiap warna yang berbeza tu ada filling yang berbeza jugak..
Putih = Jem Nenas
Kuning = Dark chocolate
Putih = Dark chocolate + Strawberry choc

Hmm..memang tak berapa nak cantik ghupenye, nama pun first time buat kan..
To my best friend, Atikah, nanti ko balik minggu depan kita gi tengok Azura pulak k, huhu, and nanti aku watkan lagi benda alah ni untuk ko k..

Lolillop by Aida Syahira.. (n_^)

Malam tadi aku and my sepupu, Ya (nama panggilan dia), kitorang tak boleh tido, jenuh fikir apa nak dibuat sebab jam dah pukul 11 malam, tapi mata kitorang still segar lagi..Lastly Ya cakap dia nak wat lollipop, so disebabkan aku pun memang tak ada idea lain, so aku pun ikutkan aje la..

Selongkar kat almari, cari balance coklat yang aku beli hari tu, hmm, banyak lagi, so disebabkan Ya pernah tengok aku wat coklat and lollipop sebelum ni, so dia cakap kali ni dia nak wat sendiri and mintak aku tengok and temankan dia je, ye la, waktu tu jam dah dekat pukul 12 malam, semua orang dah tido, tinggal kami berdua je..Semua ni guna compound chocolate, Ya guna dark chocolate, milk chocolate and chocolate yang strawberry flavour.

Around jam 12:40 camtu lollipop kitorang pun siap, tapi memang tak berapa nak cun la, al-maklum la, buat keja tengah malam, fikir nak siap cepat je walaupun mata tak ngantuk, huhu..
Jom tengok hasilnya..


Bonga-Bonga dan Si Bolat =p

Kat tengah-tengah bunga tu ada raisin actually, tapi tak nampak.. :p

Yang itam bulat tu ada oreo kat dalam


Ya ni sebenarnya baru 13 tahun, baru je masuk tingkatan satu, and kitorang memang rapat sebab sepupu-sepupu aku pun bukannya ramai sangat, tambah-tambah pulak aku yang paling besar, cucu sulung la katakan.. 

Dalam pukul 3 petang tadi aku g rumah makcik, kitorang wat apam polka dot, ala apam yang kecik-kecik pastu ada bintik-bintik tu, huhu, saje-saje takde kerja, dah plan dari awal minggu lepas lagi dengan makcik..Cerita pasal apam tu nanti aku share kat next entry k.. (n_^)





Friday, 3 February 2012

EuriKa dan Kenny G

Kalau perasan, kali ni aku dah tukar lagi song kat blog ni.  Masih mencari something yang lebih relax bila dengar.   So kali ni aku try song from Kenny G, the saxophone artist tu.  Lama dah minat dia, tapi just minat camtu je, tak pernah lagi beli album dia, ha, kalau bab-bab download lagu dia, banyak, huhu..

This song is called 'MEMORY'..
Jom review sikit pasal Kenny G ni k..

 



Birth Name : KENNETH GORELICK
Birth Date : JUNE 05, 1956
Birth Place : SEATTLE, WAHINGTON, USA
Famous as : SAXOPHONIST

So, hope you guys out there will enjoy with this song k..
(tengah fikir nak kurangkan ke'semak'an yang ada kat blog ni..any idea ?.. (n_^) )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...