Lamanya tak update new entry, huhu..
Actually seminggu dua ni aku agak busy, ye, busy walaupun sekarang ni tengah cuti sem..
Start dari hari Isnin hari tu aku ulang-alik dari Sungai Besar ke Sekinchan, gi rumah maksu, hmm, rasa-rasanya kenapa aku dengan semangat rajinnya nak kesana hari-hari?..
Aku gi sana sebab nak belajar jahit baju kurung, ye la, sekarang ni bukan senang kalau nak tempah baju kurung, asal nak tempah je mesti kena tempah sebulan dua lebih awal, kalau tak, memang tak dapat la. So, disebabkan dah ada kesedaran dalam diri untuk menambahkan ilmu kewanitaan, cheewah!, haha, so aku mintak la maksu aku ajarkan, nak tempah baju kat dia pun susah, kesian jugak sebab tempahan dia asyik full je, tambah-tambah sekarang kat sini musim kenduri kawen, semua orang nak pakai baju baru.
(no picture masa belajar potong kain segala bagai, tak sempat nak amik pun, tak apa la, tak penting pun kan3x.. (n_^)
Ha, entry kali ni sebenarnya aku nak share skit pasal keychain felt yang aku buat, sekadar nak isi masa lapang je, kain-kain felt tu aku order dari susndfeltproduct.com dua minggu lepas (eh! ye ke, alamak tak sure la bila, huhu).
Benda-benda alah ni aku wat saja-saja je, ada yang bagi kat kawan-kawan aku and ada jugak adik aku si Zakwan tu jual kat kawan dia, haha..Adik aku ni actually baru je abis diploma dia, bulan 10 ni kot konvo kat UTM Skudai.
Ha, banyaknya aku membebel, k la, jom layan keychain yang tak seberapa tu k..(Sori, kualiti gambar memang tak memuaskan, guna camera hp E71 aku yang dah uzur tu je, huhu..)
Keychain pink ni aku watkan untuk awek Zakwan, awek dia ni memang obses dengan pink.
(depan) |
(belakang) |
Yang bawah ni pulak aku buatkan untuk kawan Yana, awek Zakwan tu..Dia nak letak nama depan and belakang heart tu.
(depan) |
(belakang) |
Yang ni pulak aku dah bagi kat Syahira, sepupu aku, suka la dia dapat keychain banyk, huhu..
(gemuk-gemuk sebab diisi fiber dengan banyaknya, huhu) |
Pada semua yang masih sudi nak jenguk blog yang tak seberapa ni, terima kasih ya, sori banyak-banyak sebab aku sangat culas nak wat entry baru..Tq once again, sincerely from me.. (n_^)
No comments:
Post a Comment