_bonus_

Saturday, 2 June 2012

I'm sorry.. :(

Salam uols..
Wahh, lamanya dah tak update new entry.. Beberapa minggu kebelakangan ni aku sangat busy,
mengaku sedikit culas and kekeringan idea, tak tahu nak share apa kat sini..
But, I'm still rajin jalan-jalan and baca entry kamu, kamu dan kamu yang aku follow, cuma kadang-kadang, tak sempat nak tinggalkan jejak, even nak tulis 'BW' kt cbox korang, so sorry..

Minggu ni aku cuti 1 week, sempena Hari Gawai, Uitm bagi peluang kat Sabahan and Sarawakian student yang sambut Hari Gawai untuk balik ke kampung halaman.. Minggu ni jugak macam-macam benda yang jadi, kerja banyak, assignment menimbun, text utk informative and persuasive speech tak cari lagi walaupun Isnin or Selasa ni would be my turn untuk buat speech for Human Communication subject.  Malam tadi baru start buat sikit, baru siap text essay mandarin and a bit intro untuk assignment Human Resource Mgt.. :(
Sangat risau..



Cuti kali ni tak berapa seronok macam sebelumnya, hari ahad lepas, kat rumah cuma ada mama and nenek since atuk tak sihat, ada batu karang, so atuk kat Hospital Selayang, tunggu masa untuk operation buang batu karang tu.  Kat rumah rasa sunyi sangat, mama and nenek ada kerja diorang masing-masing, so ibarat boleh kira berapa banyak kali kitorang bercakap.. 

But when we got news yang tok anjang (adik atuk) sakit and masuk ICU kat HKL, makngah, semua balik, terasa jugak la meriahnya rumah ni, huhu.. Hari Selasa lepas, 29th May 2012, it is my birthday, we all pergi tengok atuk kat Hosp. Selayang and also pergi tengok anjang kat HKL.. So, this entire week kami sangat busy, sampaikan aku siap usung lappy and broadband sebab hari tu kena submit question for interview untuk assignment HRM kat Syazni..Not only me, nak study pun tak boleh,  masing-masing susah hati..

Sampai la hari Rabu lepas, we got news that pihak hospital suruh bawak tok anjang balik, sebab dah kritikal and tak boleh nak wat apa-apa lagi..  Actually semua ni tak diduga, pada awalnya tok anjang cuma batuk and batuk dia tak sembuh-sembuh even dah sebulan, doktor kt klinik cuma bagi ubat batuk je, masing-masing tak expect yang anjang ada jangkitan kuman pada paru-paru, until dia collapse kat rumah adik atuk kat KL.. They are the one who bawak anjang ke hospital.

I was at Guardian Sungai Besar with 2 orang sepupu, Kina and Ya when I received a call from Asyraf, adik Ya yang suruh ktorang balik cepat sebab ada kenduri malam tu?.. Eh!.. kenduri apa?.. Kenapa tiba-tiba je?  At that time then I know that diorang dah arrange private ambulance untuk bawak balik anjang ke rumah Acik.  Tok anjang duduk sebelah rumah Acik, adik mama, and tok anjang dah lama divorce and tak ada anak.  Malam tu semua pergi rumah acik, and Zakwan pergi amik atuk dengan Angah dekat hosp.Selayang.  Angah memang stay kat hospital untuk jaga atuk since the last 3weeks, so Angah mintak kebenaran untuk bawak atuk balik untuk tengok anjang wat kali terakhir.  Malam tu semua orang dah sedia and redha if anjang 'pergi' malam tu.

Atuk dengan Zakwan tak sampai lagi when the ambulance sampai rumah Acik, dalam pukul (9.40 p.m.).  Orang ambulance tu pun dah standby dengan 3 tong oksigen, and dah diberitahu supaya tunggu atuk sampai then baru cabut oksigen yang dipasang pada anjang.  Around 11.30 p.m, Wan, Angah and atuk sampai.  Time tu memang moment yang sangat sebak, diorang cakap, anjang memang tunggu atuk, abang dia.  
Ktorang semua tido kat rumah acik malam tu, atuk balik rumah dengan angah and wan.  Around 6.30 a.m baru aku balik rumah dengan adik and Kina, yang lain stay kat rumah acik.

Around 7 a.m, nenek and makngah pulak balik rumah, nak mandi and makan sikit sebab diorang tak makan apa-apa since malam, but dalam pukul 7.20 a.m pagi Khamis, makngah received call cakap anjang dah tak ada.  Innalillahi wa in na ilai hi rajiun.. Akhirnya anjang pergi juga menghadap penciptanya..
Semua urusan selesai around pukul 4.30 p.m, arwah anjang dikebumikan lepas Zohor.  Malam tu and malam tadi ada tahlil kat rumah Acik, masa banyak dihabiskan kat sana, so, banyak kerja, assignment semua yang tak sempat nak buat.  Cuma malam tadi aku tak ikut pergi rumah acik, sebab nak siapkan sikit yang mana boleh.

Hari ni aku balik rumah Acu kat Sitiawan dulu, maybe tengah hari sikit baru gerak, baju-baju pun tak sempat kemas, ada yang tak sempat nak basuh, maybe aku cuma masukkan dalam bakul baju and basuh kat rumah Acu je, kalau tak sempat jugak, nampaknya kena basuh kat rumah sewa jugak la.  Harap-harap jalan tak jam, boleh sampai cepat sikit.  

Exam dah dekat, jadual exam pun dah keluar, InsyaAllah, I'll try my best in my exam.  
Ok la, nak siapkan sikit kerja yang mana sempat, before nak pergi kemas barang k..

Before that, Alfatihah untuk arwah Sakdiah bt. Budin @ Anjang Hendon..
Alfatihah..

3 comments:

  1. kuatkan semangat ^^ sume ada hikmahnye all da bes keyh.. same with me hehe tgh berhempas pulas ~ wehew for final~

    ReplyDelete
  2. good luck dayah.. InsyaAllah, sama2 la kte buat yang terbaik utk final nnt k.. (n_^)

    ReplyDelete
  3. awakk kuat! hehe / suke eyy cuty ! eyh nak exammm . stdy betul betul . hmm tgk laila nie nngis pulak pagi2 nie http://impianperasaanhidpku.blogspot.com/2012/06/dah-kenapa-nie.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...